Aliran Akademik atau Kemahiran?
Segelintir pelajar sekolah menengah akan mengalami kesukaran dalam memilih aliran yang sesuai untuk kerjaya masa hadapan. Antara faktor utamanya ialah kurangnya informasi tentang aliran yang dibekalkan kepada pelajar. Maklumat tentang kerjaya kini lebih mudah untuk dicari melalui internet atau laman sosial, namun ibubapa dan pihak sekolah juga harus membimbing pelajar dalam membuat keputusan penting ini. Pelajar perlu diperkenalkan dengan lebih mendalam tentang aliran yang mereka bakal pilih dan adalah lebih mudah jika mereka diberikan peluang untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran sama ada aliran akademik atau kemahiran diperingkat awal (sekolah menengah) sebelum ke peringkat lebih tinggi (Universiti/ IPTA/ IPTS). Hal ini mampu memberi mereka ruang untuk mempertimbangkan keputusan yang dipilih untuk kerjaya mereka akan datang.
Proses pemilihan aliran ini ternyata bergantung kepada potensi dan minat pelajar. Sesetengah pelajar gemar menuntut ilmu dalam persekitaran yang tenang tanpa ada aktiviti fizikal di mana mempertingkatkan lagi fokus mereka dalam sesuatu subjek. Sesetengahnya pula lebih gemar untuk menjalani proses pembelajaran secara praktikal yang lebih banyak menggunakan fizikal dan teknik daripada pemikiran kritikal.
Aliran Akademik
Secara umumnya aliran akademik adalah pembelajaran yang lebih tertumpu kepada usaha melahirkan individu yang mempraktikkan pemikiran kritikal dalam pekerjaannya seperti seorang perancang, pengarah, pengurus, pendidik, pengkaji dan yang selari dengannya. Proses pembelajaran aliran akademik kebiasaannya dilakukan secara formal dan berorientasikan kepada teori. Aliran akademik juga merujuk kepada sesuatu bidang tertentu seperti kedoktoran, kejuruteraan, perakaunan, seni reka, pentadbiran, penulisan dan keusahawanan. Pelajar yang ingin meneruskan ke aliran akademik ke peringkat yang lebih tinggi memerlukan pencapaian yang cemerlang dalam subjek tertentu terutamanya sains, matematik dan bahasa Inggeris.
- Persekitaran kerja professional
Para graduan yang meneruskan kerjayanya dalam aliran akademik sering dikenali sebagai pekerja professional. Persekitaran kerja mereka adalah lebih selesa, kurang berisiko dan tenang. Hal ini kerana, selari dengan pencapaian akademik yang baik, mereka juga dididik dalam persekitaran yang memerlukan sahsiah dan tertib yang cemerlang. Dengan ini, wujudnya persekitaran kerja yang positif dan professional yang dapat mendorong bagi meningkatkan motivasi diri untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.
- Mohon jawatan yang lebih tinggi
Selain itu, kebanyakan majikan meletakkan syarat-syarat tertentu untuk memeilih pekerja mereka sebagai contoh; kelayakan sebagai jurutera hanya terbuka kepada para pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan atau seangkatan dengannya. Hal ini telah memberi kelebihan kepada para graduan berijazah yang berkaitan untuk memohon jawatan bergaji tinggi. Mereka juga akan ditawarkan gaji permulaan yang agak tinggi menurut garis panduan penggajian yang ditetapkan kerajaan.
- Kurang kemahiran teknikal
- Walau bagaimanpun, penglibatan lahitan amali kepada pelajar aliran akademik adalah kira-kira 40% atau kebiasaannya kurang daripada itu Perkara INi merupakan satu kekurangan kepada mereka jika perlu bekerja di lapangan atau bengkel. Dalam konteks kepentingan kehidupan seharian pula, individu yang tidak berkemahiran perlu mengupah pekerja mahir bagi menjalankan kerja-kerja teknikal seperti pemasangan penghawa dingin, pepaipan dan pendawaian sama ada di tempat kerja atau pun di rumah.
- Persaingan yang tinggi di alam pekerjaan
Sistem pendidikan negara sudah lama tertumpu kepada aliran akademik mengakibatkan pelambakkan graduan akademik perlu bersaing untuk mendapatkan kerja yang semakin terhad. Kini negara sedikit demi sedikit menggalakkan anak-anak muda untuk mula beralih arah ke aliran kemahiran bagi meningkatkan kadar pekerja kempeten untuk menyeimbangkan ekonomi negara.
Aliran Kemahiran
Berbeza dengan aliran akademik yang tertumpu kepada pendidikan ilmiah, aliran kemahiran pula memfokuskan pembelajaran kepada kemahiran teknikal dan praktikal yang memerlukan kompetensi dan teknik dalam menyelesaikan kerja-kerja. Ia juga sinonim bagi TVET (Technical and Vocational Education and Training) iaitu proses pendidikan dan latihan yang menekankkan objektif utama terhadap amalan industri. Proses pembelajaran kebiasaannya dilakukan di luar bilik darjah seperti bengkel atau lapangan. Rata-rata pelajar kemahiran belajar selama setahun hingga tiga tahun bergantung kepada program untuk memperolehi pencapaian Sijil Kemahiran Malaysia. Pembelajarannya pula adalah 20 โ 30% teori dan 70 โ 80% latihan amali.
- Persekitaran kerja (3D)
Persekitaran kerja 3D (dirty, dangerous & difficult) merupakan konsep yang dipakai umum bagi mengelar atau merujuk pekerjaan tertentu terutamanya buruh. Lazimnya, kerjaya aliran kemahiran akan terdedah kepada persekitaran kerja 3D ini. Oleh demikian, mereka kurang mempraktikkan persekitaran kerja yang formal.
- Bergantung kepada pengalaman
Seterusnya, kebiasaannya majikan menilai pekerja mahir berdasarkan tempoh dan jenis pengalaman bekerjanya. Lebih lama pengalaman kerjanya, lebih tinggi peluang untuk ditawarkan jawatan yang tinggi. Namun, berbeza kepada pemegang ijazah, pengalaman yang mereka perlukan adalah kurang daripada pekerja mahir untuk mendapatkan jawatan yang diinginkan.
- Mahir kerja teknikal (advantage pd kehidupan harian)
Walaupu begitu, kemahiran teknikal sangat berguna dalam kehidupan seharian manusia. Mereka yang berkemahiran dapat mengaplikasikan ilmu kemahiran untuk kerja-kerja pemasangan dan pembaik pulih di rumah tanpa perlu mengeluarkan wang mengupah pekerja mahir. Tambahan pula, dengan kelulusan sijil kemahiran dan pengalaman yang diperolehi juga sebenarnya mampu untuk menjawat jawatan yang tinggi dengan tawaran gaji yang lumayan. Hal ini kerana, ramai sahaja pekerja mahir kini menjawat jawatan sebagai ketua pengurus yang selari dengan graduan akademik.
- Peluang lebih luas (lebih banyak permintaan) kini
Menerusi penumpuan negara terhadap usaha meningkatkan pekerja mahir kini telah memberi peluang yang luas kepada mereka dalam pelbagai sektor. Tambahan pula, para pelajar aliran kemahiran telah dijanjikan jaminan kerja oleh kerajaan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Sehubungan itu, kadar pengangguran bagi pelajar aliran ini adalah kurang berbanding aliran akademik.
Rujukan
Harian Metro. (13 September 2019). Pekerja Mahir Kurang. https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/09/496133/pekerja-mahir-kurang
JPK Malaysia. (14 Ogos 2020). Sijik kemahiran vs degree โ 3 kelebihan setiap persijilan. https://jpkmalaysia.com/sijil-kemahiran-vs-degree/
Kay Suhaimi. (23 Jun 2019). Kemahiran, pengalaman atau kelulusan akademik: Mana satu lebih penting? Iluminasi. https://iluminasi.com/bm/google-ibm-dan-apple- tak-lagi-lihat-kepada-ijazah-tetapi-kemahiran-individu.html
Noor Atiqah Sulaiman. (12 September 2019). Kekurangan pekerja mahir perlu ditangani. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/606176/kekurangan- pekerja-mahir-perlu-ditangani-kulasegaran