Persepsi Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia
Rata-rata pelajar di Malaysia tidak sedar bahawa kelulusan dari program TVET iaitu pendidikan, latihan teknikal dan vokasional juga berpeluang menjadi salah satu permintaan utama di negara-negara maju malah diangkat sebagai bidang professional. Hal ini kerana tumpuan pelajar dalam memilih halatuju sering kali disasarkan ke arah akademik. Salah satu faktor utamanya adalah sistem pendidikan di Malaysia yang sekian lama menitik beratkan akademik berbanding kemahiran teknikal. Oleh demikian, ramai menyalah anggap dan mempunyai spekulasi negatif terhadap TVET.
Siapa Yang Layak Memohon?
Syarat Am | 1. Warganegara Malaysia dan; 2. Boleh membaca, menulis dan mengira |
Syarat Khas | 1. Berusia di antara 18-30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5. 2. Bujang 4. Sihat tubuh badan. 5. Memenuhi keperluan syarat program (rujuk pada program yang ditawarkan) |
BIdang Latihan yang Terdapat di ILKBS | 1. Teknologi Automotif 2. Teknologi Marin 3. Teknologi Mekanikal 4. Teknologi Awam 5. Teknologi Elektronik 6. Teknologi Elektrik 7. Hospitalti 8. Teknologi Tekstil 9. Teknologi Personal 10. Teknologi Fotografi 11. Teknologi Maklumat 12. Teknologi Sukan 13. Teknologi Pertanian |
Sumber: The Government of Official Survey
TVET merupakan pengajian berfokus kepada pekerjaan tertentu yang menekankan kemahiran dan amalan dalam industri di mana berbeza dengan pengajian ilmu saintifik dan sistematik. Lazimnya, syarat am pemohon di Malaysia yang diletakkan adalah minimum dari segi akademik iaitu hanya perlu tahu membaca, menulis dan mengira. Akibatnya, masyarakat sering salah anggap bahawa hanya pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik sahaja sesuai untuk program TVET. Sebaliknya, hal ini adalah bagi membuka kuota yang lebih luas dan pada masa yang sama memberi peluang kepada pelajar yang kurang dari segi akademik. Ini tidak bermakna, pelajar yang cemerlang tidak layak atau terkecuali mengikuti program ini. Persepsi bahawa TVET merupakan pilihan kedua untuk sambung pengajian seharusnya dihakis dan mula untuk melihat pengajian kemahiran ini sebagai cahaya baru dalam pembangunan tenaga manusia di Malaysia.
Kerjaya Yang Ditawarkan
Selain itu, kebanyakkan masyarakat juga menjangkakan bahawa kerjaya bidang TVET adalah kurang di mana hanya berfokus kepada pengendalian mesin dan pembinaan sahaja. Walhal, terdapat 15 bidang utama termasuk keusahawanan, fesyen, kecantikan, kulinari, pertanian, seni reka, multimedia kreatif, pengangkutan & teknologi logistik, teknologi bahan, bioteknologi, mekanikal, kejuruteraan, minyak & gas dan perubatan. Tambahan pula, kini pemintaan tenaga kerja yang kompeten adalah tinggi. Menurut Presiden Persatuan Teknologi Automasi Malaysia (MATA), kebanyakkan industri berkaitan bidang yang ditawar TVET mempunyai kesukaran mencari lebih banyak graduan yang berkemahiran tinggi untuk mengendalikan jentera dan peralatan. Dengan kata lain, langkah Malaysia dalam menjadikan negara maju sebagai contoh, perlu meningkatkan lagi jumlah perintis mahir dalam bidang ini yang berpotensi sebagai sumber produktiviti utama negara.
Gaji pekerja dari TVET
Tahap Kemahiran | Gaji Pokok Permulaan |
SKM T1 | RM 1,330.00 + (a) |
SKM T2 | RM 1,450.00 + (a) |
SKM T3 | RM 1,700.00 + (a) |
DKM T4 | RM2, 020.00 + (a) |
DLKM T5 | RM 2,460.00 + (a) |
Sumber: Buku Panduan Gaji di Malaysia Lepasan SKM, TVET, IPT
Walaubagaimana pun, kurangnya graduan dari bidang kemahiran juga adalah faktor dari kadar gaji yang ditawarkan di Malaysia. Merujuk jadual di atas, kadar purata permulaan gaji mereka adalah dari RM1,792.00 mengikut tahap kemahiran di mana masih dianggap rendah. Hal ini sebenarnya telah banyak diutarakan oleh pelbagai pihak, namun isu ini tidak diselesaikan dengan lebih cepat. Jika perkara ini berterusan, tidak dapat dinafikan persepsi negatif terhadap TVET sukar untuk diubah. Dari segi perkambangan kerja pula pada hakikatnya, mereka juga berpeluang ditawarkan pangkat yang lebih tinggi seperti jurutera atau pengurus. Maka, kenyataan bahawa graduan TVET hanya bergaji rendah perlu dinilai semula.
Penutup
Sungguh pun begitu, kerajaan sedikit demi sedikit telah memperbaiki sistem pendidikan yang berat sebelah dengan menyelaraskan kepentingan antara bidang akademi dan kemahiran. Kini bidang TVET sudah lebih banyak ditawarkan di institut pengajian untuk memberi peluang kepada pelajar menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi setaraf dengan kelulusan akademi. Hal ini demikian kerana Malaysia mula sedar bahawa negara seperti Jerman, United Kingdom, Korea, Singapura dan China tidak mengambil enteng terhadap bidang TVET, malah melihat sebagai kekuatan produktiviti negara mereka pada masa akan datang.
Rujukan
Iwan Shu Aswad Shuaib. (23 March 2021). TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’. Mstar. https://www.papertrue.com/academic-editing- proofreading?gclid=CjwKCAjwzt6LBhBeEiwAbPGOgfvEfFZWVglr_S9sIj- RFxkSg7B6pCFCpb25GVeaULDdzaqWKlCmZRoCAiwQAvD_BwE
Kementerian Sumber Manusia. (2020). Buku Panduan Gaji di Malaysia Lepasan SKM TVET IPT. https://www.academia.edu/44900188/Buku_Panduan_Gaji _di_Malaysia_Lepasan_SKM_TVET_IPT
Mohd Jalil Ahmad., Ahmad Hisham Jalani., & Annas Akhmal Hasmori. (September 2015). TEVT di Malaysia: Cabaran dan harapan [Pembentangan Kertas Kerja]. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam 2015, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
MyGovernment. (t.t). Memohon kemasukan program pendidikan dan latihan teknikal & vokasional (TVET).
Utusan Malaysia. (14 Ogos 2021). TVET lahirkan tenaga mahir negara. https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/08/tvet-lahirkan-tenaga-mahir- negara/