Permintaan Tinggi Jurukimpal Di Masa Akan Datang
Kimpalan merupakan satu proses pencantuman sesuatu bahan sama ada logam atau bukan logam menggunakan proses atau kaedah tertentu yang mengaplikasikan haba dan tekanan. Terdapat juga beberapa teknik kimpalan yang memerlukan bahan tambahan sebagai pengikat kepada bahan unwelded (tidak boleh dikimpal), istilah yang biasa digunakan dalam bidang kejuruteraan kini. Bahan yang dicantum dikenali sebagai bahan induk, manakala bahan yang ditambahkan untuk membantu cantuman pula dipanggil pengisi.
Kaedah kimpalan terbahagi kepada tiga iaitu berdasarkan fizikal, teknikal dan penggunaan teknologinya. Pertama, kimpalan menggunakan haba termasuk kaedah arka elektik, laser dan gas. Kedua, kimpalan termit (TMP) menggunakan haba dan juga tekanan. Ketiga, kimpalan mekanikal yang menggunakan daya seperti letupan, geseran dan kimpalan sejuk. Kebanyakkan kaedah ini akan terdedah kepada risiko namun, seperti pekerjaan bersiko yang lain mempunyai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi. Lazimnya, kerjaya yang berbahaya ditawarkan gaji yang setimpal dengan kadar risikonya. Tambahan pula, kerjaya kimpalan kini mempunyai permintaan pekerja secara meluas dalam pelbagai industri seperti pembinaan, perkapalan, automotif dan pembuatan.

Selain itu, menurut American Welding Society (AWS), kebanyakkan jurukimpal adalah dari lingkungan umur 50 ke 60 tahun dan juga dijangkakan terdapat pengurangan pekerja kimpalan sehingga tahun 2024. Perkara ini tidak lain, merupakan peluang yang besar kepada graduan baru untuk mencuba. Dalam hal ini, adalah penting bagi kerajaan menarik minat pelajar dan graduan untuk berkecimpung dalam bidang kimpalan yang ternyata memainkan peranan penting dalam industri lain di Malaysia.
Kebelakangan ini, industri kimpalan telah berkembang dengan sangat pesat menunjukkan pertumbuhan maksimumnya. Hal ini tidak lain dan tidak bukan daripada kesan pertumbuhan sihat industri pembinaan, pembuatan, automotif dan bidang-bidang yang memerlukan kemahiran mengimpal. Hal ini telah menjadikan industri kimpalan salah satu teknologi pembuatan yang asas dimana akan dijangkakan pertumbuhannya kira-kira 8% setahun dan berkemungkinan terdapat peningkatan dua kali ganda dalam tempoh lima tahun akan datang.
Perkara ini dapat dilihat melalui sekeliling kehidupan manusia hari ini, teknologi kimpalan digunakan untuk membina loji, jambatan, kenderaan, saluran paip dan pengilangan. Dalam pembuatan kereta sahaja telah memerlukan empat ke lima ribu titik kimpalan bagi menghasilakan kenderaan yang lengkap. Segala perkakas, alatan dan mesin yang manusia guna juga adalah hasil daripadal proses kimpalan. Pada masa yang sama, industri kimpalan telah menjadi pengeluar utama produk komersial dalam era modern ini.
Rujukan
Fazurawati Che Lah. (27 Mei 2019). Kerjaya jurukimpal terdedah risiko. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/bestari/2019/05/459709/kerjaya-jurukimpal-terdedah-risiko
Plaza. C. (30 Jun 2016). Welding: The driving force of the economy. https://awo.aws.org/2016/06/welding-the-driving-force-of-our-economy/