Kerjaya Kejuruteraan Elektrik

Pada masa ini, manusia lebih bergantung kepada kecanggihan teknologi yang tercipta dari hasil usaha para jurutera dan pekerja mahir dalam bidang teknikal terutamanya kejurteraan elektrik. Jika dahulu satu-satunya sumber cahaya adalah dari bara api tetapi kini manusia sudah mempunyai teknologi menukarkan tenaga elektrik kepada cahaya di mana lebih terjamin keselamatannya untuk digunakan. Kemodenan telah banyak mengubah cara kehidupan manusia kini begitu juga dalam aspek ilmu yang dipraktikkan mengikut peredaran zaman. Dengan kecanggihan teknologi yang semakin maju kehadapan telah meingkatkan lagi pasaran graduan dari bidang kejuruteraan elektrik.

Pada akhir abad ke 19, tugas jurutera elektrik kebanyakkannya merangkumi kerja-kerja berkaitan kendalian sistem, komponen dan peranti dari penjana tenaga elektrik. Setelah beberapa abad berlalu, skop kerja mereka sudah menjadi semakin luas dan telah dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kendalian sistem kuasa penjana, sistem pencawang, elektronik, motor dan bateri. Di setiap kategori ini juga telah dibahagikan dengan lebih terperinci contohnya kategori elektronik di mana termasuk sistem telekomunikasi, penderiaan jauh, pemprosesan isyarat, litar digital, audio dan video. Justeru itu, posisi dalam bidang ini juga dibahagikan mengikut kepakaran tertentu seperti jawatan juruteknik iaitu seseorang yang bertangungjawab dalam menjalankan pembaikan kerosakan pada peranti dan juga mengendalikan penyelenggaraan berjadual. Manakala, bagi penyelia kejuruteraan elektrik pula perlu mempunyai pengetahuan asas tentang litar-litar, operasi penyelenggaraan set penjanaan, motor, suis dan litar utama.

Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan bagi pemegang jawatan sebagai jurutera elektrik dan pekerja mahir elektrik. Seorang jurutera lazimnya memerlukan sekurang-kurangnya ijazah dalam bidang kejururteraan elektrik & elektronik untuk menjadi jurutera junior sebelum ke peringkat yang seterusnya. Bagi pekerja mahir pula ukuran untuk mereka diterima bekerja adalah daripada pengalaman dan kepakaran yang mereka ada. Pekerja mahir akan bekerja di lapangan (site) dan jurutera pula berkerja lebih dalam penyelidikan dan pembangunan industri negara (indoor). Bersangkutan itu, kadar gaji yang ditawarkan kepada jurutera elektrik di Malaysia adalah bermula dari RM2,500 hingga RM10,000 dalam sebulan mengikut pengalaman dan kepakaran yang mereka miliki. Penggajian pekerja mahir pula mengikut tangga gred yang ditentukan negara. Manakala, di negara-negara luar seperti Switzerland, Denmark dan Amerika Syarikat menggajikan jurutera eletrik dengan purata gaji $61,235 setahun iaitu dalam anggaran RM21,000 ke atas untuk sebulan. Faktor perbezaan yang ketara dari kadar gaji jurutera di luar dan dalam negara adalah salah satunya dilihat daripada kemajuan teknologi dan industri pembuatan (mesin & jentera) negara. Ini bermakna semakin meningkat kemajuan teknologi canggih, semakin tinggi permintaan pekerja mahir dalam bidang ini.

Seterusnya, jika ditinjau dari segi potensi kerjaya kejururteraan elektrik ini, graduan mempunyai masa hadapan yang jelas dan cerah berdasarkan kemajuan dalam kecanggihan teknologi yang semakin kehadapan hari demi hari. Jangkaan bahawa, pekerja dalam bidang ini akan sentiasa menghadapi perkara-perkara baharu dalam menyelidik dan mendirikan projek meningkatkan kemajuan industri negara tidak kira dalam atau luar negara. Bagi graduan yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi mempunyai peluang yang cerah untuk diterima dan ditawar bekerja bersama jurutera yang berpengalaman di luar negara dalam menggerakkan projek-projek yang dirancang untuk masa hadapan. Selain itu, negara kini lebih melihat kepentingan dalam kejuruteraan elektrik dalam pembangunan negara di masa akan datang. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan dalam meningkatkan sistem pembelajaran seperti menggalakkan universiti bekerjasama dengan industri untuk mendedahkan bakal jurutera dan pekerja mahir mengenali realiti pekerjaan dan keusahawanan.

Rujukan

Berita Harian (28 Julai 2021). Bakal jurutera perlu proaktif persiap diri manfaatkan IR 4.0. https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/07/844203/bakal- jurutera-perlu-proaktif-persiap-diri-manfaatkan-ir-40

Jin Lucas. (27 Ogos 2014). What is electrical engineering? Live Science https://www.livescience.com/47571-electrical-engineering.html

Translate ยป
Scroll to Top