Kerjaya Kreatif Menjadi Pilihan Generasi Baru
Kebanyakkan sekolah menengah di Malaysia telah menyediakan khidmat kauseling untuk memberi info dan nasihat tentang hala tuju pelajar. Lazimnya, kaedah yang diperkenalkan oleh Carl Jung iaitu mengukur personaliti diri berdasarkan beberapa kategori akan diterapkan. Dengan mengetahui personaliti diri, pelajar dapat menentukan diri mereka tergolong daripada salah satu kelompok sama ada dari kelompok, Realistik, Penyelidik, Artistik, Sosial, Keusahawanan atau Konvensional. Hal ini memudahkan pelajar mengetahui laluan kerjaya mereka seperti bidang kewangan, penulisan & komunikasi, saintifik, perkeranian & pentadbiran, teknikal, keushawanan, perkhidmatan dan seni reka & kreatif.
Namun, menurut Sarah Dawood, data responden dari London menunjukkan 49% daripada generasi muda memilih kreatif industri sebagai kerjaya dan mula bertambah kepada 70% daripada individu yang berumur 16-18 tahun. Kerjaya dalam industri kreatif termasuk pereka dalaman, pereka grafik, penulis, penyunting skrip, penyunting video, penyanyi pelakon, pembuat filem, pereka lirik dan banyak lagi. Di India, terdapat peningkatan kadar individu yang menceburi bidang pereka fesyen, seni halus, linguistik dan teknologi sepanjang tahun 2017 hingga 2019. Malah, di Malaysia juga terdapat peningkatan purata individu yang bertukar bidang daripada sain ke bidang kreatif.
Hal ini terjadi adalah daripada beberapa faktor iaitu wujudnya persepsi baik dari golongan millennials (individu lahir antara tahun 1981 – 1996) terhadap bidang kreatif. Pada era 50an-70an, bidang teknologi dan sain amat diperlukan demi membangunkan negara agar negara kita tidak terlalu mundur daripada negara maju yang lain. Perkara ini telah mewujudkan satu spekulasi dan pandangan masyarakat Malaysia bahawa bidang sain dan teknologi adalah bidang yang amat dibanggakan negara. Begitu juga tanggapan yang kurang baik terhadap bidang kreatif. Walaupun industri kreatif pada ketika itu sudah pun wujud dan berkembang secara perlahan, masyarakat Malaysia sering memandang enteng dengannya kerena individu yang menceburi bidang ini hanya menyumbang kepada dunia hiburan sahaja dan bukannya ekonomi negara.
Namun, pemikiran itu sedikit demi sedikit terhakis dari golongan millennials yang sedar tentang potensi industri kreatif berkembang dengan pesat dan wujud persaingan yang hebat terhadap individu yang memilih bidang sain dan teknologi sebagai kerjaya di zaman moden. Hal ini dapat dibuktikan daripada laporan Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu sebanyak 516,600 penganggur pada tahun 2019. Tambahan pula, menurut Mohd Azis Ngah (2019) kebarangkalian siswazah melayu yang mempunyai kelulusan yang tinggi menjadi penganggur adalah tinggi lebih-lebih lagi graduan daripada kursus Pengajian Islan, Sains Sosial dan Sains Tulen.
Dengan bantuan teknologi canggih kini, industri kreatif berkembang dengan pesatnya sehingga membentuk minat lebih ramai pelajar mahupun kanak-kanak untuk menceburi bidang kreatif ini. Merujuk Utusan Borneo Online (2017), Industri animasi dan visual telah menyumbang kira-kira RM3.O4 bilion kepada pendapatan kasar negara dan menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. Di samping itu, dengan adanya applikasi media seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan Youtube telah mewujudkan posisi pereka konten yang kini mempunyai pemintaan yang tinggi di kalangan generasi baru. Menurut pengasas Facebook, Mark Zuckerbag menekankan tentang kepentingan kreatif ini dapat membezakan kelebihan manusia dengan automasi yang tidak mempunyai kemampuan befikir secara kreatif di masa akan datang (Effi Saharudin, 2022).
Justeru itu, ibubapa kini perlu lebih berfikiran terbuka dalam memberi kebebasan kepada anak-anak mereka dalam memilih kerjaya yang diminati. Hal ini juga mampu membina keyakinan terhadap diri anak-anak untuk mengejar impian mereka. Namun, masih terdapat segelintir yang masih mempunyai tanggapan bahawa bidang kreatif adalah untuk individu yang kurang dari segi akademi. Hal ini berkemungkinan besar adalah daripada syarat kelayakan jurusan kreatif yang diletakkan Universiti Awam, IPTA dan IPTS adalah rendah berbanding kelayakan ke jurusan sains dan perakaunan. Walhal, ada sahaja individu yang berjaya dan bergaji lebih tinggi berpanding kerjaya prosessional. Pemikiran ini seharusnya perlu dihapuskan dari kalang masyarakat Malaysia agar dapat menyeimbangkan kestabilan dalam pembangunan ekonomi yang lebih sehat.
Rujukan
Dawood. S. (15 Januari 2018). Young People want creative jobs but schools don’t support them, survey shows. Design Week. https://www.designweek.co.uk/issues/15- 21-january-2018/young-people-want-creative-jobs-schools-dont-support-survey- shows/
Dutta. S. (9 Disember 2019). Why are millennials shifting towards creative careers. Times Of India. https://timesofindia.indiatimes.com/home/education/news/why-are-millennials- shifting-towards-creative-careers/articleshow/72436347.cms
Sinar Harian. (13 Jun 2022). Jaminan pekerjaan antara persepsi, keutamaan generasi muda. https://www.sinarharian.com.my/article/174884/BERITA/Nasional/Jaminan- pekerjaan-antara-persepsi-keutamaan-generasi-muda
Utusan Borneo Online. (18 Julai 2017). Industri kratif berkembang kukuh. https://www.utusanborneo.com.my/2017/07/18/industri-kreatif-berkembang- kukuh
Effi Saharudin. (29 Mac 2022). Zuckerberg meramalkan pekerjaan masa hadapan akan mementingkan kreativiti. https://amanz.my/2022332118/
Mohd Azis Ngah., & Suzalina Halid., & Fahmy A Rosli. (7 Julain 2019). Eksklusif: Graduan, siswazah miskin, B40 sukar dapar kerja setimpal. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/582258/eksklusif-graduan- siswazah-miskin-b40-sukar-dapat-kerja-setimpal