Kepentingan Bidang Kulinari dalam Sektor Pelancongan

Bidang kulinari di Malaysia tidak seperti bidang kedoktoran, kejuruteraan atau pendidikan yang sering menjadi keutamaan kebanyakan individu dalam memilih laluan kerjaya. Namun, bidang ini mempunyai kepentingannya tersendiri dalam sektor pelancongan yang menjadi salah satu sumber pendapatan negara. Dengan ini, negara telah melakukan beberapa kemajuan dalam memasarkan TVET dan memberi galakan kepada pelajar untuk mula memandang positif terhadap kursus-kursus bidang TVET termasuk bidang kulinari. Pada awalnya pendidikan kulinari ini hanya ilmu yang diturunkan dari generasi ke generasi. Setelah dunia melalui pelbagai evolusi dan kemajuan teknologi dari hari ke hari, bidang ini telah diangkat sebagai satu pendidikan professional berkaitan masakan. Selain tugas menyediakan makanan secara kreatif, kulinari juga merangkumi hal-hal penyeliaan, keselamatan, kebersihan makanan dan persekitaran kerja (dapur).

Dari konteks kerjaya di Malaysia pula, hakikatnya bidang kulinari adalah kerjaya yang aktif dalam pasaran kerjaya yang pelbagai. Salah satunya ialah dalam industri pelancongan. Malaysia sering kali digelar sebagai syurga makanan kerana rata-rata pelancong teruja dengan kepelbagaian masakan yang ada di Malaysia. Sebagaimana yang diketahui, masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban. Setiap kaum mempunyai masakan yang tersendiri sebagai contoh Yong Tau Foo, Char Kuey Teow adalah dari masakan cina; roti canai dan kari dari masakan india; gulai dan kuah lemak dari masakan melayu. Ini merupakan kelebihan yang ada untuk bidang kulinari Malaysia memperkembangkan seni kulinari tersendiri. Tambahan pula, kini dengan penggunaan teknologi media secara berleluasa telah memperkenalkan dan membawa masakan-masakan luar negara ke Malaysia. Globalisasi ini juga berperanan sebagai satu agen perubahan dan pertembungan masakan sebagai contoh Oden masakan Jepun digabungkan dengan kuah Tom Yum dari masakan Thailand. Begitu juga nasi atau mi segera dimakan bersama keju iaitu ikutan dari cara makan Korea dan Jepun.

Meskipun begitu, hal ini agak membimbangkan dari segi perkembangan masakan tradisional di Malaysia untuk terus berkembang ke serata dunia. Nouvelle cuisine sudah lama berada ditangga teratas dalam pemilihan makanan kerana cara penyediaannya yang terlihat mewah, namun kini street food (makanan yang dijual di tepi jalan) juga merupakan makanan yang dicari-cari pelancong kini kerana ingin merasai sendiri keaslian dan keunikan budaya masakan setiap negara itu. Dalam hal ini, restoran-restoran ternama dan mempunyai francise seluruh dunia juga menghidangkan street food dengan penyediaan yang lebih mewah. Namun, jika diteliti dari rancangan TV, drama atau filem korea sering kali mempromosikan budaya mereka termasuk masakan moden dan tradisional mereka sehingga menjadi satu ikutan di seluruh negara. Berbeza pula situasinya di Malaysia yang gagal menggunakan media untuk mengangkat seni kulinari tempatan ke pasaran dunia.

Selain itu, seni kulinari juga merupakan alternatif mempromosikan tempat pelancongan. Kebanyakan pelancong memilih tempat melancong berdasarkan makanan yang disediakan di kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika pelancong yang datang dari jauh sering mencari makanan yang sesuai dengan cita rasa mereka. Di samping itu, jika dalam Malaysia, setiap negeri juga mempunyai masakan lagendanya seperti di Melaka terkenal dengan masakan Asam Pedas manakala Kelantan dan Terenganu terkenal dengan Nasi Kerabu. Dengan ini, rata-rata pelancong membina kenangan di sesuatu destinasi dengan menikmati masakan yang berbeza daripada makanan di tempat mereka. Kelebihan yang ada pada Malaysia iaitu kepelbagaian etnik dan variasi makanan dapat menjadi salah satu asas kepada sektor pelancongan. Walau bagaimanapun, turut dititikberatkan dua perkara ini iaitu; pertama, makanan itu sendiri dan kedua, cara penyajiannya. Menyajikan makanan di ruang makan tradisional juga penting dalam mengukur kepuasan pelancong terhadap makanan. Hal ini juga merupakan satu cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan pelancong dan memperkenalkan keunikan budaya yang terletak di bawah bidang seni kulinari.

.

Rujukan

Abd. Razak Aziz., & Awang Azman Awang Pawi. (2018). Menghurai landskap kulinari melayu dalam era pasca globalisasi. JMS, 1(1), 137-161 http://mjs.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/13387/8515

Fazurawati Che Lah. (n.d). Kulinari bukan bidang remeh. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/bestari/2018/11/392723/kulinari-bukan-bidang-remeh

M. Robert. (2007). Culinary education: Past, present practice and future direction. [Conference & Exposition]. International College of Management, Sydney, Australia. http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.465.4628&rep=rep1&type= pdf#page=275

Translate ยป
Scroll to Top