Penggunaan Mekatronik dalam Industri Kini dan Masa Hadapan
Merujuk kamus Cambrige, mesin membawa maksud sesuatu peralatan yang menggunakan daya bagi menggerakkan sesuatu bahagian untuk melakukan sesuatu kerja. Perkataan mekanikal pula merujuk kepada sesuatu yang dikendalikan menggunakan mesin atau berkaitan dengan bahagian mesin. Penggunaan mekanikal ini ternyata telah wujud sejak zaman batu lagi tetapi penciptaannya berbeza dengan teknologi kini. Dalam penciptaan sesuatu mesin itu, proses penambahbaikkan akan sering dilakukan membawa kepada perubahan dalam kecanggihan teknologi yang terkini. Pada era moden ini segala pekerjaan sudah banyak bergantung dengan teknologi mekanikal tidak kira dari bidang perubatan, petanian, pembinaan, pemprosesan, komunikasi dan sebagainya.
Merujuk kamus Cambrige, mesin membawa maksud sesuatu peralatan yang menggunakan daya bagi menggerakkan sesuatu bahagian untuk melakukan sesuatu kerja. Perkataan mekanikal pula merujuk kepada sesuatu yang dikendalikan menggunakan mesin atau berkaitan dengan bahagian mesin. Penggunaan mekanikal ini ternyata telah wujud sejak zaman batu lagi tetapi penciptaannya berbeza dengan teknologi kini. Dalam penciptaan sesuatu mesin itu, proses penambahbaikkan akan sering dilakukan membawa kepada perubahan dalam kecanggihan teknologi yang terkini. Pada era moden ini segala pekerjaan sudah banyak bergantung dengan teknologi mekanikal tidak kira dari bidang perubatan, petanian, pembinaan, pemprosesan, komunikasi dan sebagainya.
Bersangkutan itu, wujud satu bidang baru iaitu mekatronik yang merupakan satu bidang kejururteraan yang berasaskan sistem kejuruteraan mekanikal dan elektrikal. Pengasas bidang mekatronik ini ialah seorang warga Jepun bernama Tetsuro Mori yang berkhidmat di syarikat Yaskawa Electric Corporation sebagai jurutera pada 1969. Pada awalnya, ‘mekatronik’ hanya dikenali sebagai satu simbol yang memasarkan produk dari syarikat mereka dan kemudian telah digunakan oleh umum sebagai pengenalan kepada sesuatu bidang baru iaitu gabungan ilmu kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektronik, sistem kawalan dan sains komputer.
Dalam tempoh pengajian bidang mekatonik ini, pelajar kebiasaannya akan didedahkan dengan pengenalan kepada robotik. Kemudian, diajar tentang cara-cara membina produk atau sesuatu prototype diiukuti dengan ujian kepada setiap produk baru. Pelajar juga perlu berpengetahuan dalam selok-belok sistem pengurusan eletktrikal dan mekanikal untuk membantu jurutera mekatronik dalam mereka teknologi baru. Setelah tamat belajar, pelajar berpeluang memohon jawatan seperti jurutera mekatronik, jurutera automotif, jurutera eletrik, jurutera mekanikal, pereka sistem elektronik dan penganalisis sistem data, juruteknik dan banyak lagi.
Antara tugasan bidang mekatronik:
- Membantu merekabentuk robotik dan pemasangan perkakas dan perantik
- Mencipta produk dan membina prototype
- Membantu jurutera dengan rekabentuk dan pembangunan projek
- Mengurus elektrikal dan mekanikal sistem
- Menguji perkakas/ peranti/peralatan
- Memasang peranti/perkakas baru
Sesetengah tempat seperti Pennsylvania melihat bidang ini sebagai satu bidang yang diutamakan dan mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi mulai era modern ini dan akan datang. Dalam industri kini, penggunaan bidang mekatronik ini sungguh meluas. Antaranya ialah penggunaan dalam perubatan seperti terciptanya sistem Magnetic Resonanace Imagining (MRI) iaitu teknologi yang digunakan untuk mengenalpasti masalah kesihatan yang terdapat di otak manusia. Tambahan pula, dalam penggunaan bio-teknologi telah mewujudkan mesin yang meniru gerak geri manusia bagi memudahkan kebanyakkan tugas pengurusan terutama dalam industri pertanian ini. Dengan ini segala tugas akan menjadi lebih efisen dan mudah dikendalikan bagi mendapatkan hasil yang jauh lebih besar kuantitinya.
Selain itu, tugas pemasangan dan pembaikpulih telefon pintar, komputer, sistem elektrik merupakan salah satu tugas dalam bidang mekatronik ini yang banyak membantu memperkembangkan industri telekomunikasi dan sistem maklumat. Sebagaimana yang diketahui, pengaplikasian teknologi sudah semakin meluas sehingga ketiadaan teknologi maklumat dianggap mampu melumpuhkan industri multimedia & media kreatif. Dalam konteks ini, masa hadapan mekatronik mempunyai potensi yang cerah seiring peningkatan permintaan teknologi canggih.
Hal ini juga dapat diteliti dari segi kepentingan media di masa kini. Bagi indutri media kreatif, teknologi adalah tunggak utama mereka bagi memasarkan karya kreatif kepada umum. Begitu juga dalam dunia perniagaan yang juga menggunakan platform media sosial untuk meluaskan kadar jualan. Media juga membantu dalam pembentukan politik sesebuah negara. Bersangkutan itu, kepentingan teknologi sains dan mekatronik ini ternyata terletak searas dengan kepentingan media. Dalam tidak sedar, mekatronik berpotensi menjadi bidang yang tinggi permintaan akan datang.
Rujukan
Calfornia University (t.t). What can you do with a mechatronics degree. https://www.calu.edu/