Kelelebihan Menceburi Bidang Automotif

Kepesatan pembangunan ekonomi negara kini juga banyak bergantung kepada kerjaya TVET. Dengan ini, bermula sahaja rancangan Malaysia Kelapan terdapat lebih banyak institut kemahiran telah ditubuhkan. Menurut Datuk Mansor Othman selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, menyatakan bahawa kadar kebolehpasaran pelajar dari bidang kemahiran adalah luar dari jangkaan iaitu melebihi 90 peratus berdasarkan data yang direkod sejak tahun 2017 hingga 2019. Salah satu kerjaya TVET yang menyediakan peluang pekerjaan yang luas adalah dari bidang automotif.


DSC_0036-scaled

Dalam sektor pembuatan, Industri Automotif Malaysia merupakan perkara yang perlu diambil berat kerana ia merangkumi skala kerja yang meluas termasuk sektor pengeluaran, perkhidmatan, penjualan dan kejuruteraan. Umum mengetahui, automotif adalah bidang berkaitan pengeluaran kenderaan khususnya kenderaan darat. Hakikatnya bidang ini terbahagi kepada beberapa skop kerja, contohnya sistem elektronik kenderaan, pemasangan penghawa dingin, pemasangan tayar, ketuk & cat kenderaan dan banyak lagi kepakaran yang lebih spesifik. Tambahan pula, berdasarkan nisbah yang tinggi pemilikan kenderaan di Malaysia, industri automotif negara telah menjadi antara yang terbaik dalam negara-negara ASEAN. Dalam hal ini, tiada kebimbangan bagi para pelajar yang berminat mengejar kerjaya automotif di Malaysia kerana bukan sahaja permintaan pasaran graduan automotif kini semakin tinggi malah mendapat sokongan yang gemuruh oleh kerajaan.

Seterusnya, di era kemodenan yang berasakan teknologi kenderaan elektrik sekarang ini membuka ruang lebih luas bagi pekerja pembaikpulih jentera atau kenderaan. Hal ini juga berkait rapat dengan peningkatan keluaran produk teknologi mesin pada masa kini. Semakin banyak pengeluaran kenderaan elektrik semakin tinggi permintaan pekerja dari bidang automotif diambil. Sehubungan itu, peluang untuk belajar dan bekerja menggunakan teknologi canggih terkini adalah lebih tinggi. Selain itu, pekerja automotif tidak sering melakukan kerja yang berulang kerana lazimnya setiap pelanggan mempunyai permintaan yang berbeza-beza setiap hari. Dengan ini, pekerja sedikit demi sedikit belajar untuk menganalisis masalah dan memberi cadangan penyelesaian yang pelbagai kepada pelanggan mengikut kepakaran tertentu.

Di samping itu, graduan dari bidang automotif juga berpeluang bekerja dalam 4 posisi utama. Pertama, Juruteknik iaitu membantu jurutera mekanikal dalam membangun dan menguji kenderaan setelah siap. Selain itu, kerja-kerja menganggar kos projek dan mengetuai ujian penambahbaikan produk juga akan dipertanggungjawabkan kepada juruteknik automotif. Kedua, adalah posisi sebagai mekanik professional dimana tugasnya adalah membaikpulih kenderaan termasuk komponen-komponen kenderaan, sistem penghawa dingin, pemasangan tayar & bahagian dalam kenderaan (enjin & gearbox). Ketiga, pekerja mahir pembuatan kenderaan iaitu memasang badan, kaca dan tayar kenderaan. Keempat, jawatan sebagai pengurus pengeluaran kenderaan yang perlu bekerja rapat dengan pasukan pemasaran syarikat.

Bersangkutan itu, purata gaji bagi graduan TVET Malaysia adalah mengikut peringkat sijil bermula dari SKM T1 (RM 1,330.00) hingga DLKM T5 (RM2,460.00), termasuk bidang automotif. Namun, berbeza pula jika graduan ditawarkan kerja di negara yang menjadikan automotif salah satu daripada sumber utama ekonomi negara seperti USA. Gaji yang ditawarkan bagi juruteknik automotif adalah kira-kira $47,350 setahun atau $3,945 untuk sebulan iaitu bersamaan RM 200, 219.47 setahun dan RM16,681.43 untuk sebulan. Walaubagaimana pun, jika graduan berjaya menyambung ke peringkat pengajian yang lebih tinggi untuk menjadi pekerja automotif professional, permulaan gaji yang ditawarkan di Malaysia juga agak tinggi iaitu bermula RM10,000.

Jika dilihat dari aspek kehidupan seharian, kemahiran automotif dapat dimanfaatkan dengan banyak perkara. Salah satunya, anda mampu mengurangkan perbelanjaan penyelenggaraan kenderaan secara berkala. Contoh-contoh penyelenggaraan yang penting adalah menukar minyak kenderaan. Jika anda mahir untuk menukarnya sendiri, anda tidak perlu lagi mengeluarkan wang untuk membayar servis untuk menukar minyak. Selain itu, kemahiran menukar tayar kenderaan. Jika ada berlakunya kecemasan dijalan raya, anda tidak perlu menunggu lama untuk bantuan kecemasan di jalan raya. Sebaliknya, menggunakan kemahiran asas yang pernah dipelajari di institut kemahiran. Begitu juga penyelenggaraan enjin dan bateri kereta.

Kemahiran umum tentang automotif mungkin mampu dipelajari sendiri, namun berbeza jika anda sendiri menjadi pakar dalam automotif. Selain kemahiran ini dapat digunakan dalam kehidupan seharian, ia juga mampu menjadi satu kerjaya yang mempunyai banyak permintaan pasaran di dalam dan luar negara. Lebih-lebih lagi, dorongan yang gemuruh telah diberikan oleh kerajaan dalam mempertingkatkan sektor pembuatan dengan menyediakan pelbagai bantuan dan jaminan kerja bagi graduan TVET kini.

Rujukan

Alzahrin Alias. (2 Julai 2020). Industri automotif sediakan 3,000 peluang pekerjaan. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/07/706587/industri- automotif-sediakan-3000-peluang-pekerjaan

Brown, A. (31 Oktober 2019). The importance of having basic automotive skills. SunCruiser Media. https://suncruisermedia.com/suncruisermedia-blogs/diversions/basic- automotive-skills/

Miami University. (t.t). Awesome benefits to pursue a career in automotive technology. https://sites.miamioh.edu/learnerolp/2020/09/awesome-benefits-to-pursue-a-career- in-automotive-technology/

World Scholarship Forum. (10 November 2021). Apa yang boleh saya lakukan dengan ijazah teknologi automotif pada tahun 2022? Kerjaya & gaji. https://worldscholarshipforum.com/ms/teknologi-automotif/

Translate ยป
Scroll to Top